-->
skip to main | skip to sidebar

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ceriterra Cik Hidayah Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Sunday, 17 July 2011

Guru Oh Guru !!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

ALLAHYARHAM USMAN AWANG
1979


Sudah Bace Komen Skali :)

Ditaip Olehh Cik♥ NuRul HidaYah ........... at 21:38 0 Cutesie Wootsie♥  

Hadirmu Membahagiakan Ruang Ku ~

Hadirnya dirimu..
Bersama kasih yang melimpah..
Hadirnya dirimu..
Bersama sayang yang mencurah..
Hadirnya dirimu..
Bersama cinta yang mengasyikkan..
Aku dimanja..
Umpama anak-anak..
Aku dibelai..
Dengan penuh kelembutan..
Aku disayang..
Umpama intan dan jauhari..
Aku disanjung..
Umpama puteri kayangan..
Betapa aku terbuai..
Dengan indahnya asmaramu..
Betapa aku te...


Sudah Bace Komen Skali :)

Ditaip Olehh Cik♥ NuRul HidaYah ........... at 21:36 0 Cutesie Wootsie♥  

Cinta Ini X kan Berkekalan ~

Kini..aku sendiri lagi..
Di buai rindu berteman resah..
Engkau pergi ketika maraknya cintaku..
Hilangnya kasihmu menyesak kalbu..
Tersungkur aku tanpa yg sudi menggapai..
Menggelumpur aku dipanah asmaramu..
Kenangan indah merantai hidupku..

Mengapa cintaku engkau campakkan..?
Mengapa kasihku engkau abaikan..?
Mengapa rinduku engkau padamkan..?
Mengapa sayangku engkau diamkan..?
Mengapa Cyunk..?

Dulu..
Airmataku menitis,engkau yang menyapunya..
Bilaku berjenaka,engkau yang ceria..
Bilaku bermadah,engkau yang membalasnya..
Bilaku rindu,engkau yang melunaskannya..
Bilaku marah,engkau yang menyabarkannya..

Namun kini..
Kosongnya jiwaku..
Suramnya hariku..
Longlainya langkahku..
Gelita pandanganku..
Sesaknya nafasku..
Resahnya Hidupku..
Parahnya luka di hatiku..
Sepinya aku tanpa cintamu..

Maafkan aku..
Kerana masih mencari cintamu..
Masih menanti hadirmu..
Masih merindui dirimu..
Masih menyebut namamu..
Walau kutahu..
Cinta ini takkan bersatu..


Sudah Bace Komen Skali :)

Ditaip Olehh Cik♥ NuRul HidaYah ........... at 21:35 0 Cutesie Wootsie♥  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My Photo
NuRul HidaYah ...........
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼ 2011 (13)
    • ▼ September (5)
      • Yeay , Yeay , Yeay . Kawan ku sudah blik :)
      • Ouh , Dis Is Me :)
      • Eidulfitri 2011 :)
      • Hurmm , gEli ngan orang lelaki yg gatal :P
      • Kakti , kakna , , terima kasih !
    • ► August (1)
    • ► July (7)

Facebook Badge

NuRul HidaYah

Create your badge

Tik Tok :)

Credit

Template :Denim
Design : Nurul Hidayah
Edited By : Eliyda
Gambar : Favim.com
Background : Faqihah Husni
Belog ini 100% Nurul Hidayah Copyright !Copy Cat Are Not Allowed Here ! Benci Blog Ni ? Hit The [x] Button please ! Tlg Hormat Blog Ini Okayy :)

Followers

 



Gratisan Musik