Kini..aku sendiri lagi..
Di buai rindu berteman resah..
Engkau pergi ketika maraknya cintaku..
Hilangnya kasihmu menyesak kalbu..
Tersungkur aku tanpa yg sudi menggapai..
Menggelumpur aku dipanah asmaramu..
Kenangan indah merantai hidupku..
Mengapa cintaku engkau campakkan..?
Mengapa kasihku engkau abaikan..?
Mengapa rinduku engkau padamkan..?
Mengapa sayangku engkau diamkan..?
Mengapa Cyunk..?
Dulu..
Airmataku menitis,engkau yang menyapunya..
Bilaku berjenaka,engkau yang ceria..
Bilaku bermadah,engkau yang membalasnya..
Bilaku rindu,engkau yang melunaskannya..
Bilaku marah,engkau yang menyabarkannya..
Namun kini..
Kosongnya jiwaku..
Suramnya hariku..
Longlainya langkahku..
Gelita pandanganku..
Sesaknya nafasku..
Resahnya Hidupku..
Parahnya luka di hatiku..
Sepinya aku tanpa cintamu..
Maafkan aku..
Kerana masih mencari cintamu..
Masih menanti hadirmu..
Masih merindui dirimu..
Masih menyebut namamu..
Walau kutahu..
Cinta ini takkan bersatu..
Sunday 17 July 2011
Cinta Ini X kan Berkekalan ~
Ditaip Olehh Cik♥ NuRul HidaYah ........... at 21:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Cutesie Wootsie♥:
Post a Comment