-->
skip to main | skip to sidebar

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ceriterra Cik Hidayah Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Sunday, 17 July 2011

Guru Oh Guru !!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

ALLAHYARHAM USMAN AWANG
1979


Sudah Bace Komen Skali :)

Ditaip Olehh Cik♥ NuRul HidaYah ........... at 21:38  

0 Cutesie Wootsie♥:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My Photo
NuRul HidaYah ...........
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼ 2011 (13)
    • ► September (5)
    • ► August (1)
    • ▼ July (7)
      • Guru Oh Guru !!
      • Hadirmu Membahagiakan Ruang Ku ~
      • Cinta Ini X kan Berkekalan ~
      • Makna HurUf AbJad Dlm CinTA kiTA ~
      • Tnda 2 Lelaki MeraJuk ~
      • Tips Menawan Hati Wanita ~ haha !
      • Sebab Hubungan Tidak Mmpu Bertahan ! ♥

Facebook Badge

NuRul HidaYah

Create your badge

Tik Tok :)

Credit

Template :Denim
Design : Nurul Hidayah
Edited By : Eliyda
Gambar : Favim.com
Background : Faqihah Husni
Belog ini 100% Nurul Hidayah Copyright !Copy Cat Are Not Allowed Here ! Benci Blog Ni ? Hit The [x] Button please ! Tlg Hormat Blog Ini Okayy :)

Followers

 



Gratisan Musik